"Demi Allah, Demi Rasul Saya Tak Buat Perkara Itu" - Syamsul Yusof
Pelakon dan pengarah berbakat besar Syamsul Yusof menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang telah dikemukan oleh seorang penulis novel dengan dakwaan Syamsul menciplak hasil karyanya tanpa izin untuk menghasilkan filem Bohsia.
Artikel Berkaitan : Punca Sebenar Syamsul Yusof Disaman Penulis Novel
Syamsul Yusof yang juga pengarah filem tersebut bersumpah tidak pernah menciplak mana-mana karya untuk menghasilkan filemnya malah tidak mengetahui wujudnya novel tersebut.
“Sumpah demi Allah, demi Rasul saya tak buat seperti apa yang dituduh itu. Saya tak pernah tahu pun mengenai novel itu. Jadi tak mungkin saya nak tiru. Mungkin beberapa persamaan yang wujud dalam novel dan filem itu hanya satu kebetulan,” jelas Syamsul.
“Papa pernah memaklumkan hal mengenai ketidakpuasan hati seorang penulis novel mendakwa kami menciplak novelnya menjadi filem Bohsia (2009). Mereka pernah berbincang dan kami menafikan dakwaan itu sebab ia memang tak berlaku seperti dituduhnya”
“Tidak sangka pula perkara ini dibawa ke tengah sampaikan pihaknya failkan saman ke atas saya, papa dan syarikat. Dia nak saman itu hak dia, kami kenalah lawan dengan undang-undang”
No comments