Punca Sebenar Kematian Osama bin Laden Didedahkan
Rob O'Neill, 38, adalah individu yang membunuh Osama bin Laden dalam satu operasi khas di Abbottobad, Pakistan, 2 May 2011.
Lapor Daily Mail, O'Niell akan diwawancara dalam Fox News tidak lama lagi dan bakal mendedahkan bagaimana dia dan pasukannya memburu serta membunuh Osama bin Laden.
O'Niell bagaimanapun telah meninggalkan kerjayanya sebagai tentera setelah berkhidmat selama 16 tahun. Watak O'Niell juga pernah dilakon dalam filem Zero Dark Thirty, Captain Philips dan Lone Survivor.
Lapor sumber, O'Niell menembak Osama dari jarak dekat dengan tiga das tembakan di dahinya semasa operasi serbuan di Abbottobad, Pakistan pada 2 May 2011.
Bagaimanapun, menurut laporan lain, O'Niell didakwa hanya menembak Osama dengan satu das tembakan sahaja dan dibiarkan cedera parah. Tidak lama kemudian, dua lagi rakan sepasukannya menembak mati Osama di bahagian dada yang menjadi punca sebenar kematiannya.
GAMBAR - Osama di tempat persembunyiannya sebelum diserbu & dibunuh oleh Seal
Team Six. Lokasi persembunyian Ketua Al-Qaeda itu berjaya dikesan hasil dari risikan CIA bertahun-tahun.
No comments