VIDEO: Bacaan Tarannum Al-Quran Dipermain-mainkan
Bila dipersoalkan tindakan mereka, kita pula disalahkan kerana tidak melihat perkara itu dari sudut yang berbeza.
Dalam soal agama, ia tiada sudut yang berbeza-beza kerana ia tetap tidak boleh diperlekehkan atau menjadi bahan gurauan.
Di laman YouTube, dikesan kemunculan satu video bacaan ayat Al-Quran tetapi sebenarnya ia adalah lagu berkaitan rokok dirakamkan dalam irama seperti sedang bertaranum.
Video itu dimuatnaik oleh akaun Firdaus Mat Noh dan sudah pun ditonton kira-kira 6,000 kali sejak kali pertama dimasukkan ke dalam Youtube.
Jika pun mahu bergurau, mengapakah lagu yang digunakan ketika mengaji Al-Quran dipersendakan sebegitu rupa dengan alasan ia lucu dan kelakar.
Dengan gurauan kecil sebegini lah ia kemudiannya akan menjadi gurauan-gurauan besar seperti dilaporkan sebelum ini yang membabitkan gurauan membabitkan selawat.
Dalam soal video yang dimuatkan pada Ogos ini, ia membabitkan rokok.
No comments