UAI Enggan Komen Isu Video Tersebar
Susulan kes video lu-cah invididu mirip UAI tersebar di media sosial, UAI mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen kepada mana-mana pihak media.
Mengetahui para wartawan sedang memburu dirinya untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu penyebaran video berkenaan, UAI bertindak mengelakkan diri dengan keluar melalui pintu belakang Masjid Taqwa, Kuala Terengganu semalam.
UAI terus bergegas ke rumah salah seorang penduduk berdekatan yang dikawal ketat oleh penyokongnya serta Unit Amal Pas Kawasan Batu 6. Malah pihak media tidak dibenarkan masuk serta diarahkan berada dari kawasan rumah berkenaan.
Pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit. Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini :
"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.
"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.
"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.
“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Zulkifli juga, UAI tidak langsung terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa.

No comments