Header Ads

Tanda-Tanda Saka Wujud Dalam Diri Anda


Orang Melayu terutamanya generasi yang terdahulu memang tidak asing lagi dengan isu berkaitan Saka ini.

Namun adakah saka akan lenyap begitu sahaja apabila orang yang mengamalkannya telah meninggal dunia. Mungkin anda yang mewarisinya?

Jom semak tanda-tanda saka dalam badan. 


Disini kami ingin berkongsi kepada anda tentang tanda-tanda saka wujud dalam badan seseorang. 

Apakah itu saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.

Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, Ustaz Sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda-tanda saka dalam badan.

Di antara tanda-tandanya adalah:

1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.

Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:

4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.

Apa yang anda perlu buat?

Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.

Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in hafeez).

Berusahalah untuk berubat dengan izin Allah SWT, anda akan sembuh daripada gangguan saka ini.


2 comments :

  1. Jika setakat mengamalkan ayat itu dan ayat ini rasanya tidak berkesan. Isteri saya mempunyai saka dan serangan sihir yang teruk selama hampir 10 tahun.

    Macam2 ayat dan zikir yg kami amalkan. Namun tak berkesan... sehinggalah kami menemui PRAWIS.COM bukan saja kami mendapatkan rawatan darinya, tapi kami juga mengambil ilmu dari PRAWIS di Rawang.

    Alhamdullah... setelah diajar ilmu mengenal diri dan mengetahui kekuatan diri sendiri, sekarang isteri saya sudah sembuh....malah boleh mengubati orang lain

    Kenal diri, ketahui kekuatan diri dan kelemahan musuh.... Insyallah masalah anda pasti selesai

    ReplyDelete
  2. maaf, paradigma yg mengatakan saka dan sihir sukar dibuang adalah PERSEPSI semata2... baca prawis.com Insyallah anda pasti boleh!!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.