Penganjur Program 'I Want To Touch A Dog' Diancam Bunuh Dan Tuduhan Murtad
Netizen juga turut menyebarkan nombor telefon bimbit Syed Azmi di media sosial. Tersebar di aplikasi WhatsApp juga mendakwa Syed Azmi adalah seorang kristian yang menyamar sebagai melayu untuk memesongkan akidah umat Islam. Bagaimanapun, tuduhan ini tidak disertakan dengan bukti.
Jika sebelum ini, Syed Azmi mudah dihubungi menerusi laman Facebooknya, kini dia telah menghilangkan diri dan mengambil langkah berdiam diri dari menjawab sebarang tomahan yang dilemparkan terhadapnya.
Beberapa netizen menyarankan agar orang ramai membuat kempen I want to slap Syed Azmi sebagai balasan di atas program yang memesongkan umat Islam.
Facebook rasmi bagi program berkenaan juga telah dinyahaktifkan dari Facebook.
Rata-rata orang melayu Islam tersinggung dengan program yang dianjurkan oleh Syed Azmi yang dilihat sengaja menghina ulama dan agama Islam.
Bagaimanapun, pihak yang menyebelahi Syed Azmi cuba menyebarkan segala aktiviti amal yang dilakukan oleh Syed Azmi sebelum ini bagi mempertahankan tindakan penganjuran program sentuh anjing berkenaan. Namun, ada netizen yang mengatakan matlamat tidak menghalalkan cara.
Menurut sumber, dua laporan polis telah dibuat terhadap program tersebut di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya yang didakwa mempersendakan sensitiviti umat Islam.
No comments