Kisah Sebenar Budak 9 Tahun Putus Tangan Akibat Mercun
*AMARAN: GAMBAR MUNGKIN TERLALU ‘EKSTRIM’ BUAT SESETENGAH ORANG
Hari Raya Aidiladha hanya akan disambut Ahad ini tapi apa yang menyedihkan dah pun ada kes budak putus tangan akibat mercun.
Punca sebenar kejadian ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook seperti dibawah:
Anor Hidayah Macam-macam saya baca... Tapi tahu kak kita keadaan sebenar??? Nama adik ni adam...darjah 3 dari keratong 1 pahang. ... kejadian terjadi apa bila adik ini bermain dan jumpa mercun bola yg belum di bakar. .. lalu bawa balik ke rumah. Tampa pengetahuan ayah ibu mahu pun datuk nenek nya. Dia mengajak adik nya turun sama main mercun itu di dalam bilik... Dia membakar mercun itu... apa bila bakar... takut kena marah sebap main dalam rumah dia cuba padam mercun itu.... malang tak berbau mercun itu meletup di tangan... mendengar letup an kuat keluarga mereka bergegas pergi. .. nasib adik nya selamat... Ibu bapa atuk nenek nya tak tahu. .. sekarang adik ni ada di hospital kuantan . Kita buat ini sebagai tauladan. .. bukan buruk kan sesiapa. .. Kesian adik ni.. kita doa kan terbaik untuk adik ni . Jaga sikit hati mak ayah adik ni... Dia pun ada perasaan. .. atok dia...sampai sekarang sedih ....
Malang tidak berbau, semoga para ibu bapa mengawasi anak-anak dengan lebih kerap agar tidak mengalami nasib yang sama seperti adik Adam ini.
Ini dapat dilihat daripada gambar-gambar keadaan mangsa yang tersangat mengerikan.
Difahamkan keadaan mangsa kini stabil dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Semoga ia menjadi pengajaran berguna buat kanak-kanak di luar sana agar faham mengapa ibu bapa melarang mereka bermain mercun.
Kepada penjual mercun pula bayangkanlah kejadian ini menimpa anak anda, puas hati kalau dah sampai jadi begini?
No comments