Lelaki Dirakam CCTV Pijak Anak Kucing Hingga Mati
Ramai dah hilang sifat kemanusiaan sampai sanggup mendera dan membunuh haiwan tak berdosa..
Rakaman CCTV di bawah antara bukti yang mampu mengalirkan air mata mereka yang menyayangi haiwan terutama kucing.
Apa yang menyedihkan seekor kucing dewasa kemungkinan si ibu berusaha menghalang perlakuan ini hingga berkali-kali muncul melawan namun manalah kudratnya mampu apatah lagi dia turut disepak lelaki kejam tersebut.
Mungkin berang kerana ibu kucing berjaya melarikan diri, lelaki dalam rakaman ini kemudiannya memijak berkali-kali seekor anak kucing yang masih kecil sampai ia kelihatan tidak bergerak lagi.
Rasanya berdasarkan rakaman CCTV pun dah boleh dikesan pembunuh kucing zalim ini.
Seharusnya dia ditangkap dan didakwa di bawah Akta Binatang sebagai pengajaran.
No comments