Kenyataan Aeril Zafrel Berkenaan Hutang MIG Berpuluh Ribu
Nampaknya kemelut Aeril Zafrel bersama pengurusan MIG, David Teo, belum sampai ke penamatnya. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak dalam menerangkan situasi yang berlaku, tambah pula Aeril mendakwa MIG berhutang puluhan ribu ringgit dengan isterinya Wawa Zainal.
Terdahulu, David Teo mengatakan Aeril Zafrel telah memfitnah beliau dan MIG dalam kes kehilangan kereta milik Wawa Zainal, yang merupakan isteri kepada Aeril Zafrel.
Namun bagi Aeril Zafrel pula, isu yang melibatkan kehilangan kereta itu, bukanlah menjadi keutamaannya. Tetapi dia lebih melihat kepada ketelusan dan kejujuran pihak pengurusannya dahulu, juga menuntut apa yang menjadi hakmiliknya.
"Saya sendiri tidak pernah kisah mengenai kereta tersebut. Tambahan pula, MIG sendiri tanpa segan silu mendakwa kereta berkenaan adalah milik mereka, walaupun mereka tahu hal sebenarnya. Dalam isu ini, saya hanya inginkan dokumen serta barangan peribadi milik saya dan Wawa yang ada di dalam kereta terbabit, ketika ianya hilang. Itu sahaja. Jika pihak pengurusan jujur dan telus, pastinya hal ini tidak berlarutan sehingga sekarang ini," ujar Aeril.
Sehubungan itu, Aeril Zafrel menasihati David Teo, "Bercakaplah dengan benar, cukup-cukup sudahlah memutarbelitkan fakta. Nanti membakar diri. Dia ada Tuhan, saya ada Tuhan."
Menurut Aeril lagi, kereta itu hilang tanpa pengetahuan sehingga laporan polis dibuat, Aeril diminta menjelaskan situasi yang berlaku.
"Inilah yang saya katakan, jika pihak pengurusan MIG telus dan jujur, rasanya ianya boleh diselesaikan. Saya sendiri tidak tahu kereta itu dalam simpanan mereka, dan mereka juga sepatutnya memberitahu kepada saya, itu menyebabkan saya meminta Shahriman, (pengurus) untuk membuat laporan polis. Itu prosedur biasa yang melibatkan kehilangan. Sepatutnya mereka memberitahu kepada Wawa, mahupun saya, jika mereka telah mengambil semula kereta berkenaan."
Bagi David Teo, setiap seorang artis di bawah naungannya, sering dianggap sebagai anak. Perhubungan antara bapa dan anak ini dilihat cukup akrab. Begitu juga dalam kes Aeril Zafrel - Wawa Zainal dan beliau. Baginya, hal ini boleh diselesaikan secara harmoni tanpa wujud.
"Saya memang menghormati perhubungan baik ini. Tapi dalam kes ini, saya melihat David lebih keanak-anakan dalam menyelesaikan isu ini. Dia sendiri tidak fokus, dan lebih menceritakan hal-hal lain yang tidak penting. Seperti yang saya katakan tadi, sebenarnya isu ini mudah, pulangkan sahaja dokumen dan barangan peribadi saya. Ini tidak, dia lebih suka menceritakan hal-hal lain yang tidak berkaitan, apa motifnya? " luah Aeril lagi dengan penuh rasa kesal.
Aeril juga turut mengulas kenyataan David yang sedia membantu pasangan tersebut kalau mereka berada dalam kesempitan hidup.
"Saya suka mengingatkan David Teo bahawa pihaknya masih lagi berhutang dan tidak membayar baki duit lakonan saya dan isteri (Wawa Zainal) termasuk duit duta produk yang nilainya puluhan ribu Ringgit. Jadi tak perlulah dia bersikap seperti seorang yang budiman sebegitu tetapi cukup bersikap jujur melunaskan hutang itu."
Aeril akhiri ulasannya itu dengan penuh senyuman bermakna dengan menambah sedikit katanya itu.
"Namun di sini bukan wang Ringgit pokok persoalannya. Harap jelas."
Untuk rekod, pihak Wawa Zainal telah menerima surat daripada MIG pada 12 Februari 2014, hanya untuk membincangkan mengenai kontraknya sebagai artis, tanpa menyebut sebarang perbincangan mengenai kereta yang telah dilaporkan hilang sejak Jun 2013.
Malah pihak Wawa Zainal, Aeril Zafrel telah mengajak pihak MIG untuk berbincang di sebuah hotel, namun tidak mendapat kerjasama yang diharapkan. Perkara ini, tertera dalam surat yang diterima oleh MIG bertarikh 18 Februari 2014. Aeril mencabar pihak MIG mendedahkan surat tersebut.
Dalam kenyataan media David Teo, yang dihantar ke beberapa portal hiburan tempatan, dikatakan tindakan Aeril Zafrel, merupakan satu fitnah atau berniat jahat ke atas dirinya, dan MIG.
"Persoalannya cukup mudah, saya hanya meminta supaya dipulangkan dokumen dan barangan peribadi saya, manakala pihak MIG, haruslah mengaku telah mengambil kereta itu tanpa sebarang notis, " jelas Aeril dalam nada sinis.
"Sekali lagi saya secara terbuka mengajak pihak MIG atau David Teo untuk bertemu. Mereka boleh terus menghubungi saya untuk menetapkan tarikh. Jika benar saya memfitnahi dia, samanlah saya," Aeril Zafrel mengakhiri sesi pertemuan.

No comments