Header Ads

Ibu Sanggup Penggal Kepala Anak Sendiri Dengan Pisau

Seorang ibu yang memenggal kepala anaknya yang berusia 16 bulan dengan pisau memberitahu polis, dia tidak menyesal membunuh kanak-kanak itu. Feng Tai, 31, mengaku dia mulanya mencekik bayi itu sehingga mangsa pengsan di rumah keluarganya sebelum memenggalnya ketika dia masih bernyawa. “Memang saya membunuhnya dan tidak menyesal. Dia tidak perlu menderita kerana dia sudah bebas,” katanya kepada polis. Abang wanita itu, Feng Tsao, 34, berkata: “Adik saya tertekan sejak melahirkan anak itu dan suaminya bekerja jauh serta jarang balik.

“Keluarga kami membantunya. Keluarga mentuanya juga bantu. Tetapi, dia sering tertekan. “Dia menelefon saya pada tengah malam untuk memberitahu dia membunuh anaknya. Saya mulanya tidak percaya, tetapi apabila tiba di rumahnya, dia menunjukkan kepala anaknya. Sungguh mengerikan.” Polis menemui mayat mangsa tertanam di belakang rumah keluarga itu di bandar Anguo di wilayah Hebei, timur laut China.

“Feng Tai mengaku membunuh anaknya, tetapi dia jelas kelihatan tidak sihat. Kami meneruskan siasatan sementara wanita itu dihantar untuk pemeriksaan psikiatrik,” kata jurucakap polis. Bercakap menerusi telefon dengan wartawan tempatan, bapa bayi itu. Liu Yen, berkata: “Ia tragedi buruk. Saya tidak ada pilihan lain kecuali bekerja jauh dari keluarga. Saya tahu isteri saya tidak gembira, tetapi kami perlukan wang.” - Agensi

No comments

Powered by Blogger.