GST: Keburukan Dan Kebaikan Cukai Yang Perlu Anda Tahu
Cukai GST: Analisis oleh Datuk Sabri kontroversi penindasan instrumen cukai kepada rakyat secara keseluruhan.
Oleh Dato’ Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz.
Dimana kita patut risau dengan cukai GST
Mengenai cukai GST, dimana kawasan2 kerisauan kita?
1) Dari sudut konsentrasi dana dalam tangan kerajaan- berdepan lah dengan kenyataan, bahawa kita tidak percaya kepada BN bila mengendalikan wang rakyat.
2) Dari sudut agihan pendapatan- ternyata priority utama kerajaan ialah membanyakkan wang dalam tangan, tidak peka keatas impak kepada golongan pendapatan rendah khas nya orang Melayu.
3) Impak inflasi
4) Penguncupan kuasa beli akan mengakibatkan permintaan yang kurang mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi.
Hujjah yang paling seronok dugunakan oleh ahli parlimen BN ialah , jika 160 buah negara dalam dunia ini mengunakan cukai GST, tentulah ia bagus; ada benar dan ada tidak benar. 160 negara menggunakan nya ialah tanda semua kerajaan 160 buah negara tersebut mahukan lebih banyak wang dalam tangan mereka.
Negara yang korap dan rasuah, negara tin pot dictator, negara kaya yang demokractik, neara yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, semua mahukan wang lebih banyak dalam kantong mereka. Bukan kerana ia semestinya baik untuk rakyat, tapi ianya keadah baik untuk membanyakkan dana keajaan.
Sama ada ia baik untuk rakyat, bergantung kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan wang tersebut.
Maka, jika sumber kekuatan hujjah penyokong cukai GST ialah menunjukkan bahawa ada 160 buah negara dalam dunia ini yang melaksanakan cukai GST, yang menyamakan Malaysia engan 160 negara itu ialah, kerajaan Malaysia sebenarnya mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka?
Maka, jika sumber kekuatan hujjah penyokong cukai GST ialah menunjukkan bahawa ada 160 buah negara dalam dunia ini yang melaksanakan cukai GST, yang menyamakan Malaysia engan 160 negara itu ialah, kerajaan Malaysia sebenarnya mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka?
Kita mesti tanya sebab2 mengapa kerajaan mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka? GST menambahkan antara 22 hingga 33 billion setahun kepada kantong.
Kepada seorang ekonomis, ini suatu perkara yang merunsingkan. Sebab konsentrasi kuasa wang yang banyak dalam tangan kerajaan. Prinisp nya ialah, wang rakyat lebih selamat dalam tangan rakyat sendiri dari meletakkan wang tersebut dalam tangan orang lain.
Rekod kerajaan macam mana? Rekod kerajaan sejak 1998 ialah belanja lebih dari pendapatan. Budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus kerajaan kita. Hutang kerajaan dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55% ceiling. Ceiling ini ditetapkan oleh akta pinjaman dan akta pendanaan kerajaan 1983.
Bukan artbitrary.
Bukan artbitrary.
Bab yang arbiitrary ialah ceiling ini sudah ditukar 3 kali sejak 2003. Semasa itu sabahat saya dari Rompn menteri kewangan 2 menetapkan ia pada 40%. Kemudian masuk Noor Mohd yaakob taruh pada tahap 45%. Sekarang Husni Hanazliah menetapkan pada 55%. Maka bab arbitrary ialah pada bahagian menukar sesuka hati.
Berbalik kepada perkara yang dirunsingkan oleh ekonomis apabila banyak wang berada dalam tangan kerajaan. Mengikut lapuran kastam, ianya menambah 22 billion setahun.
Kajian lain menunjuukan 33 billion. Beza beza ini diterangkan oleh keberkesanan pengutipan cukai GST. Kalau efisyen, maka lebh banyak, kalau pihak kerajaan kautim dengan syarikat besar yang sudah biasa tidak mahu bayar atau lari dari cukai, maka kurang lah hasil cukai GST.
Apabila cukai GST dilaknakan, kerajaan akan mempunyai bayak dana. Matlamat mengurangkan deficit akan dilupakan. Dengan wang yang lebih, kita dengar sendiri dari ahli2 BN, kita akan dapat bantu rakyat. kita boleh pindahkan wang dari yang kaya kepada yang memerlukan. Hujjah sebegini memang menarik dan popular. Tapi duit syiling itu ada dua permukaaan. Konsentrasi wang yang banyak memang boleh di gunakan untuk perkara yang berfaedah kepada rakyat, tapi boleh juga digunakan untuk pembaziran.
Ini yang menakutkan dari sudut ekonomi- pembaziran. Ianya akan menjauhkan lagi objektif mengurangkan deficit. Sebab kerajaan ada rekod yang buruk dalam perkara ini. Kita boleh buat jejambat overhead RM50 juta, kta hendak belanja RM340 juta. Kita boleh beli AFV pada harga pasaran RM3.5juta seunit kita belanja hampir RM8 billion untuk 257 biji yakni RM30juta se unit. Kita boleh beli helicopter yang harga pasaran RM85juta/unit, kita beli 12 unit pada harga RM193 juta seunit. Kita plan nak bina PV pada RM350juta seunit, kita pilih nak buat 6 buah LCS pada harga RM1.5billion seunit.
Ini yang menakutkan mana2 ahli ekonomi. Pembaziran dan penggunaan wang yang tidak optimal.
Ahli2 BN boleh kata- itu belum lagi terjadi. Tapi rekod kerajaan yang ada sekarang, menunjukkan bahawa kebaranglkalian terjadi demikian lebih tinggi dari keberangkalian tidak melakukan nya. kita akan menyeberangi jambatan bila tiba masa nya. sayang sekali jambatan menghubungi financial discipline dan financial prudence sudah dibakar lama.
Ahli2 BN boleh kata- itu belum lagi terjadi. Tapi rekod kerajaan yang ada sekarang, menunjukkan bahawa kebaranglkalian terjadi demikian lebih tinggi dari keberangkalian tidak melakukan nya. kita akan menyeberangi jambatan bila tiba masa nya. sayang sekali jambatan menghubungi financial discipline dan financial prudence sudah dibakar lama.
KLIK SINI BACA PENDEDAHAN RAFIZI RAMLI CUKAI GST MENYEBABKAN KERAJAAN AUSTRALIA PIMPINAN JOHN HOWARD TUMBANG KERANA DASAR PERCUKAIAN TINGGI.
Merujuk kepada 160 buah negara lain hanya satu alasan untuk menjustifikasikan perlaksanaan GST. Ini bukan sebab yang sebenar mengapa kerajaan BN yang hanya mendapat 47% dari undi pengundi yang benar2 keluar, mahu melaksanakan GST.
Mereka mahu laksanakan GST sebab mahukan lebih wang untuk mendanai keborosan mereka. Sekali lagi saya ulang, budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus pemimpin BN.
Fakta nya ialah kerajaan BN amat boros dan duit sudah habis. Dengan alasan mahu mencekup mereka yang lari dari membayar cukai dan menghukum mereka yang melakukan pemalsuan lapuran income returns, GST dilaksanakan. Kerajaan tahu siapa yang lari bayar cukai atau buat silap mata- kenapa tidak tangkap mereka? Kerajaan tahu banyak syarikat2 besar dan syarikat milik orang2 istimewa tidak bayar hutang seperti hutang bil letrik yang berjuta Ringgit- tapi tak kutip hutang ini.
Kerajaan akan kata GST akan menutup ketirisan dalam pengutipan cukai. Mereka akan juga berkata GST akan menyebabkan lebih ketelusan dalam urusniaga bila semua peniaga dalam rantaian bekalan akan file in claim untuk mendapatkan rebate keatas GST yang dikutip.
GST akan menghasilkan semua objektif2 ini. Saya akan menyatakan disini bahawa lambat laun, GST pasti dilaksanakan. Saya ulang sekali lagi agar mudah di faham- lambat laun GST akan dilaksanakan. Kita setuju GST dilaksanakan tapi timing nya belum lagi. Jika dilaksanakan juga, yang akan merasai teruk ialah golongan yang berpendapatan rendah yang akan membayar harga barang yang lebih tinggi dan yang akan menggunakan bahagian yang lebih besar dari pendapatan mereka untuk GST.
Untuk Malaysia masa itu belum sampai kerana pendaaptan per-kapita kita tidak timgggi. jurang antara kaya dengan miskin tinggi; pekali GINI kita ialah 0.43( 2012) dan dikalangan orang Melayu (0.421).
Kerajaan BN berhutang dengan banyak seperti yang saya sebut diatas. Hutang sector awam dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55%. Itu yang rasmi. Jika kita campur pula tanggungan hutang yang kerajaan gerenti melalui SPVs ynag mereka ujudkan untuk meminjam wang, maka sudah pasti hutang sektor awam menjangkau 55%. Ini semua mereka tidak peduli selagi mereka dapat wang dalam tangan mereka.
Sebab itu saya nyatakan, wang yang banyak bahaya atau tidak, bergantung kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan keatas kumpulan wang yang ada. Sebuah kerajaan yang korap seperti BN dan fakta mengenai ketirisan ini semua ada dilapurkan oleh ketua odit negara, maka duit dalam perbendaharaan kita tidak selamat. Lagi banyak wang ada dalam tangan, lagilah rancak rompakan yang akan dilakukan.
Kerajaan BN tidak ada cara lain selain dari melaksanakan GST. Jika tidak BN akan bengkrap. Kadar faedah dalam pasaran ekwiti dan bond makin baik di negara seperti Amerika syarikat. Maka pengurus dana akan memindah wang yang ada dalam negara Malaysia ke Amerika. Dengan pengukuhan kadar pulangan dalam pasaran bond dan ekwiti di Amerika, pasaran diMalaysia mesti menaikkan kadar pulangan keatas pelaburan di Malaysia. Ini akan menyebabkan kos untuk meminjam oleh kerajaan akan meningkat. Kerajaan tidak tertanggung kos bayaran pinjaman yang sedia ada yang mencecah RM20 bllion setahun.
Pengurusan kewangan yang lemah menyebabkan credit rating kita menurun. Fitch’s rating menurunkan credit rating nya keatas Malaysia menyebabkan kebolehan meminjam Malaysia menjadi susah. Walaupun Moody’s membaiki rating Malaysia tapi masih memberi amaran bahawa rating ini bila2 akan berubah diberi iklim pengurusan kewangan Malaysia yang rakus. Ratings ini semua tidak memberi keyakinan kepada pemimjam terhadap Malaysia.
Jadi apa Malaysia buat?
Malaysia boleh kurangkan sabsidi dan ini akan membangkitkan kemarahan rakyat. Malaysia boleh mengurangkan bajet pembangunan tapi ini akan mengurangkan kapasiti negara yang mahukan ekonomi berkembang. Malaysia boleh kurangkan ketirisan tapi nampak macam tak terdaya. Wang haram dan rasuah terus meningkat. Malaysia boleh mengurangkan belanja mengurus tapi kerajaan tidak mahu berkonfrontasi dengan 1.2 juta penjawat awam. Gaji mesti naik. Kerajaan boleh membaiki cara pembelian barangan dan perkhidmatan. Tender terbuka adalah istilah yang sangat kerajaan takuti dan Daim pernah beritahu tender terbuka memakan masa dan kompleks. Jadi, kita tahu kerajaan tetap lakukan procurements cara lama. Iaitu tender tertutup atau direct negotiation.
Apa dia boleh buat?
Jawapan nya GST. Memang benar GST dari sudut perakaunan adalah cara pantas dan cekap untuk mendapatkan cukai dari setiap jenis pengguna input dan penjual output. Beza antara cukai input dan cukai output ialah GST yang dikutip oleh kerajaan. Dalam ekonomi GST yang mudah, ada 4 jenis pengguna input- pengilang atau pengeluar, pemborong, peruncit dan akhir sekali pengguna isi rumah. Pada setiap peringkat atau rantaian bekalan ini, kerajaan akan mengenakan cukai GST. Dari sudut tiori tidak ada orang dapat lari.
Yang sebetulnya yang tidak dapat lari ialah pengguna akhir- isi rumah. Yang lain masih boleh terus lari bahkan claim keatas kerajaan. Dalam keadaan dimana barangan di zero rated atau tidak dikenakan GST, tidak ada kaedah untuk menyekat pengguna input terakhir dalam rantaian tesrebut iaitu si peruncit daripada memasukkan cukai GST dalam harga jualan nya. dia recover kos dia dan claim daripada kerajaan lagi.
Sebab itu kita kata GST ini tidak berhati perut, dia tidak kira siapa pengguna imput sama ada berpendapatan tinggi atau rendah. GST akan mencederakan rakyat yang berpendapatan rendah yang majority nya Melayu.
No comments