Header Ads

Kejam, Bapa Potong Dan Rebus Tangan Anak Tiri

Kekejaman seorang bapa tiri di China yang sanggup memotong tangan anak lelaki tirinya dan kemudian merebus tangan itu di dalam sebuah periuk air yang sedang mendidih terbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.


[5 Gambar] Bapa Zalim, Potong & Rebus Tangan Anak Tiri



Ketika kejadian, Wang Xinyu, 31, dipercayai mengalami pertengkaran kecil dengan isterinya di dalam telefon berhubung masalah kewangan. 

Sejurus selepas perbualan dimatikan, suspek hilang sabar dan bertindak merotan anaknya Xiao Jun, 9, sebelum memotong tangan kanak-kanak itu dengan pisau pemotong daging dan mencampakkannya ke dalam periuk bagi menyukarkan ia disambung kembali lapor Mirror Daily.





"Saya dengar kanak-kanak itu merayu, ayah jangan ayah. Kemudian dia menjerit, tetapi saya tidak menyangka ia akan menjadi insiden yang dahsyat begini," menurut jiran suspek.

Bagaimanapun, selepas kejadian itu suspek sendiri menelefon polis untuk mengaku apa yang telah dilakukan dan membawa kanak-kanak malang tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan.





Setelah tangannya dipotong oleh bapa tirinya, Xiao Jun memberitahu polis: "Saya sentiasa fikir dia benar-benar akan menjadi ayah yang baik kepada saya, saya suka dia. Tapi kini semuanya hancur. Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian '

Wang Xinyu hilang pekerjaan sebagai pemandu kren akibat dari jenayah itu, yang bererti bahawa budak lelaki itu kini kurang upaya dan ibunya juga tidak lagi mempunyai sumber pendapatan.





Isteri Wang, Xiao Shen, bagaimanapun tetap memaafkan Wang walaupun Wang telah melakukan serangan ke atas anaknya.

Di Mahkamah Shenyang Rakyat pula, Wang meminta maaf dan mengaku memotong tangan kanan Xiao Jun. Peguamnya berhujah Wang bertindak 'kerana mengikut gerak hati' dan meminta mahkamah memberi hukuman ringan


Bapa tiri mangsa ditahan polis



Wang meminta maaf dan mengaku melakukan jenayah itu di Mahkamah Shenyang. Beliau hanya dipenjara 11 tahun setelah mahkamah menimbang yang beliau telah menunjukan rasa bersalah (meminta maaf), bertindak "kerana mengikut gerak hati" dan kesalahannya juga telah dimaafkan oleh ibu mangsa.

No comments

Powered by Blogger.