Bagaimana Cara Untuk Tambah Ketinggian?
Kebanyakan pertumbuhan seorang remaja berhenti pada usia 16 hingga 18 tahun.Biasanya lelaki mungkin akan bertambah tingginya sehingga umur 21 dan kemungkinan mencecah umur 25 tetapi ini jarang berlaku.Perempuan pula secara purata berhenti pada usia 18 tahun dan akan mengalami pertambahan mendadak pada usia 10 hingga 14 tahun. Mereka mula menambah tinggi ketika kitar haid bermula yang mana rata-rata berusia 12 tahun.
Kalau tak silap banyak dah kajian yang dibuat mengenai tahap ketinggian seseorang samada boleh ditambah ke tak. Terdapat beberapa cadangan yang dicadangkan oleh pakar yang mana hasil untuk bertambah tinggi mungkin positif dan mungkin juga negatif. Antaranya ialah :
SENAMAN
Senaman yang memerlukan anda untuk melompat seperti bola tampar, bola keranjang dan skipping adalah senaman yang berkesan untuk menambahkan tinggi. Cuba tengok pemain bola keranjang NBA, diorang memiliki ketinggian yang agak tinggi. So, kalau anda nak cuba untuk tambah tinggi, main bola keranjang. Tak tahulah kalau tak tinggi jugak.huhu
REGANGAN
Terdapat banyak cara dimana senaman regangan ini boleh dibuat. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, boleh tengok dekat post yang sebelum ne. Aku dah terangkan serba sedikit mengenai jenis-jenis senaman regangan yang korang boleh buat.
BERENANG
Kalau rumah korang ada pool atau dekat dengan sungai, boleh la start berenang mulai sekarang. Ketika berenang, cuba guna berbagai styles. Rasanya kalau berenang guna freestyle sebab lebih membantu untuk pertumbuhan sebab masa berenang tu kita stretching.
BERGAYUT
Bergayut bergantung kepada graviti untuk memampatkan tulang belakang supaya ketinggian bertambah. Sebenarnya tak susah, cari jer jer bar dan bergayut selama 10 saat atau selama mana yang termampu. Kalau dekat rumah susah nak cari bar tempat bergantung. Kalau di gym dah disediakan bar tu. Mudah je cari je dahan pokok dekat rumah pastu bergayutlah..hahah
Terdapat pembedahan yang menambah tinggi di tempat yang tertentu. Kosnya sangat tinggi dan risikonya juga sangat tinggi. Prosesnya sangat menyakitkan dan lama.
PAKAI KASUT TUMIT TINGGI
Bagi perempuan, sila pakai kasut tumit tinggi ye. Lelaki tak boleh nanti lain jadinya. Mungkin boleh cuba letak something dalam kasut supaya nampak tinggi. Apepun, gud luck kepada yang nak menambahkan tinggi.
No comments