Header Ads

Aeril Zafrel Dan Wawa 'Kebudak-Budakan' - David Teo


TAK berkesudahan rupanya ‘perang’ antara pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dengan penerbit filem, David Teo.

Terbaru, menerusi Malaysian Digest, David menyifatkan pasangan suami-isteri itu sebagai kebudak-budakan kerana menggunakan medium sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.


(BACA: Kenyataan Aeril Zafrel Berkenaan Hutang MIG Berpuluh Ribu)

“Media sosial ialah khayalan. Kalau tuntutan secara nyata ialah datang berbincang dan tandatangan. Semuanya kena ada hitam putih. Kalau mereka nak beli kereta itu, kita memang nak jual. Lagipun kereta itu sudah pakai, sudah tiada nilai lagi kalau nak jual pada pihak lain. Tapi mereka tetap nak pilih media sosial untuk ‘bercerita’.

“Dari segi rakaman, bukti, percakapan semua sudah disimpan secara baik mengikut undang-undang. Saya hantar surat minta Wawa datang ke pejabat, dia balas katanya, dia tak mahu datang, Aeril sekarang pengurus dia,” ujarnya.

Pada masa yang sama, David turut menyifatkan dirinya sebenarnya yang menjadi ‘mangsa’ pasangan suami-isteri itu.

“Dia (Wawa) yang tamatkan saya bukan saya yang tamatkan dia. Jadi sekarang ni siapa yang sebenarnya cetuskan kontroversi…?” perlinya.

Pedas juga kata-kata David itu.

Harapnya selepas ini, Aeril dan Wawa tidak lagi memanjangkan perkara itu menerusi laman sosial.
Jumpa depan-depan kan senang?


No comments

Powered by Blogger.