10 Tabiat Buruk Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita
(1) Kuku yang panjang- Ada sesetengah lelaki yang gemar untuk menyimpan kuku yang panjang. Tujuan mereka berbuat sedemikian tidak dapat dikenalpasti. Tetapi tabiat seperti ini menggelikan seorang wanita apabila mereka melihatnya.
(2) Bulu yang tidak ditempat sepatutnya- Mungkin lelaki terlalu malas untuk menjaga penampilan mereka. Tetapi janganlah disebabkan kemalasan itu membiarkan bulu hidung tumbuh dengan bebasnya. Tabiat ini merupakan perkara paling menggelikan wanita.
(3) Nafas berbau- Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai masalah nafas berbau. Mereka hanya membiarkannya sahaja. Tabiat seperti ini harus ditinggalkan dan sepatutnya mereka berusaha untuk mengatasi masalah nafas berbau kerana ia amat tidak menyenangkan bukan sahaja terhadap wanita, tetapi kepada orang yang mendengar percakapan anda juga.
(4) Masalah bau badan- Ada sesetengah lelaki mempunyai masalah ini terutamanya mereka yang berbadan agak besar. Cuba mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya kerana bau badan akan menyukarkan orang lain untuk menghampiri anda.
(5) Rambut terlalu nampak basah- Mungkin lelaki terlalu obses untuk menjaga penampilan rambut mereka sehingga menggunakan minyak rambut secara berlebihan. Bersederhana sahaja terhadap rambut anda kerana rambut yang terlalu basah akan kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Tabiat ini perlu dielakkan kerana wanita amat tidak menyukai untuk meluangkan masa mereka bersama pasangan yang seperti bayi baru lahir.
(6) Rambut yang langsung tidak bergerak- Ini juga merupakan salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh lelaki. Pemakaian wax juga tidak perlu keterlaluan kerana ia akan membuatkan rambut anda kelihatan seperti batu. Biarkan rambut anda bebas secara semulajadi.
(7) Terlalu banyak bintik hitam di muka- Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak bintik hitam di bahagian muka, berusahalah untuk membuangkannya. Anda boleh membuangkannya secara sendiri atau dengan pergi mendapatkan rawatan. Jangan terus membiarkannya kerana ia akan menggelikan orang lain untuk melihat wajah anda.
(8) Gigi berkarat- Terutamanya kepada lelaki yang merokok, dapatkan rawatan pembersihan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membersihkan karat-karat yang melekat pada gigi anda.Ini kerana senyuman yang beserta gigi yang berkarat amat menggelikan wanita.
(9) Sendawa- Tabiat ini juga adalah merupakan tabiat yang paling sering dilakukan oleh lelaki. Jangan sesekali sendawa dikhalayak ramai walaupu anda merasakan ia seperti perkara yang biasa kerana ia akan menggelikan orang lain.
(10) Kebersihan telinga- Mungkin disebabkan telinga berada pada kedudukan yang sukar untuk dilihat membuatkan lelaki tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Ambil berat mengenai kebersihan telinga anda kerana walaupun ia tidak dapat dilihat, tetapi orang lain mampu untuk melihatnya.
No comments