Header Ads

VIDEO: Puluhan Askar Tentera Israel Laknatullah Terbunuh Tersebar


Di laman Facebook tersebar satu video menunjukkan kira-kira satu batalion tentera rejim Zionis Israel bergelimpangan mati selepas diserang pejuang Hamas melalui briged Al-Qassam.
Satu batalion dalam sesebuah organisasi ketenteraan biasanya mengandungi 300 hingga 1,200 orang anggota yang dipecahkan pula kepada dua atau tujuh kompeni yang lebih kecil bilangan anggotanya.
Dalam video selama 1 minit 11 saat itu, dilihat para anggota tentera Israel yang lain sibuk memberikan rawatan kecemasan kepada rakan tentera mereka yang cedera.
Difahamkan pihak tentera Israel dan kerajaan Zionis sedang cuba menyembunyikan video berkenaan untuk mengelak daripada terpalit malu apabila pasukan tenteranya diserang sehingga mengakibatkan kematian yang besar.
Dengan penyebaran video ini, berkemungkinan kesediaan Israel menerima gencatan senjataselama 72 jam yang baru sahaja dipersetujui.
Melalui penerangan video ini, tidak diketahui bila serangan itu berlaku dan berapa ramai sebenarnya askar rejim Zionis yang mati terbunuh.
Keputusan gencatan senjata itu berjaya dicapai selepas satu perbincangan diadakan di Mesir semalam, hanya beberapa hari selepas gencatan senjata pada Jumaat dicabuli Israel.
Menurut laporan agensi berita, Amerika Syarikat (AS) dalam reaksinya mengalu-alukan perkembangan terbaru itu namun memberi amaran kepada pihak Hamas untuk memastikan kali ini ia berjaya dikekalkan.
“Ini adalah peluang sebenar, kami amat menyokong inisiatif ini,” kata Timbalan Penasihat Keselamatan AS; Tony Blinken kepada agensi berita CNN. – MYNEWSHUB.MY
Powered by Blogger.