Datuk ‘Terlajak Laris’ Ditegur Akibat Pakai Seluar Pendek & Ketat
Gara-gara memakai seluar yang terlalu pendek ketika bercuti di Kota London bersama keluarga, pengasas produk D’Herbs ‘Terlajak Laris’ Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman mendapat kecaman pengikut di akaun Instagram miliknya.
Kebanyakan komen menyatakan seluar yang dipakai terlalu kecil, tidak menutup aurat dan kelihatan tidak kena dengannya.
Bagaimanapun pujian harus diberi kepada Dato’ Aliff apabila beliau mengambil positif teguran ini dengan segera meminta maaf dan berjanji akan bertukar kepada seluar yang lebih sopan meskipun mengakui agak ‘tersentap’.
Beliau kemudiannya memakai seluar jeans panjang pada hari sama bagi membuktikan bahawa dia menerima teguran yang diberikan.
Tindakan ini segera mendapat komen daripada pengikut Instagram yang memuji tindakannya ini.
Sememangnya sudah adat apabila menjadi selebriti tidak kiralah artis mahu pun tidak, maka anda harus bersedia untuk ditarbiyah di laman sosial.
Ini kerana terdapat ramai ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ di luar sana yang kerjanya meneliti Instagram artis-artis Malaysia untuk menjamu mata sambil menjadi polis moral. - MYNEWSHUB.MY