Header Ads

Anak Jackie Chan, Jaycee Ditahan Kerana Memiliki Dadah



BEIJING: Anak kepada pelakon terkenal Hong Kong, Jackie Chan, ditahan di Beijing dipercayai terbabit dalam kegiatan dadah, selebriti berprofil tinggi China terbaharu yang dikaitkan dalam operasi melumpuhkan rangkaian dadah terbesar China dalam dua dekad ini.
Jaycee Chan, 31, ditahan Khamis lalu bersama pelakon filem Taiwan, Kai Ko, 23, demikian menurut polis Beijing dalam laman web rasminya.
Polis berkata, kedua-dua pelakon berkenaan disahkan positif mengambil dadah jenis marijuana dan mereka mengakui mengambil dadah termasuk 100 gram diambil mereka dari rumah Chan.
Syarikat pengurus Jaycee, M'Stones International, meminta maaf daripada orang awam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web syarikat berkenaan.
Syarikat itu berjanji akan menguruskan proses pemulihan dan membantu mereka kembali ke pangkal jalan.
Beberapa selebriti sudah pun ditahan berhubung dakwaan dadah susulan satu deklarasi oleh Presiden China Xi Jinping, Jun lalu bahawa pesalah dan penyalahgunaan dadah akan diperangi sehabis-habisnya.
Di Beijing saja, lebih 7,800 orang sudah pun ditahan dalam operasi antidadah oleh polis.
Jayce dituduh membantu penagih dadah yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun.
China pernah menamakan Jackie sebagai duta kempen antidadah mereka pada 2009, manakala Ko pula adalah sebahagian artis yang menyertai kempen sama dua tahun lalu. - AP

No comments

Powered by Blogger.