12 Gambar Fesyen Pilihan Selebriti Wanita Di Hari Raya
Nora Danish - Nora Danish kali ini kelihatan anggun dengan persalinan serba hitam putih. Difahamkan persalinannya merupakan fesyen rekaan Nora kolaborasi bersama FashionValet. Wah cantik sangat hot mama ni.
Emma Maembong - Sejak mengenakan hijab, pelakon cantik manis Emma Maembong dilihat semakin berseri dan menawan sekali. Emma dan keluarga memilih tema royal blue untuk hari raya kali ini.
Fazura - Tidak perlu diperkatakan lagi, fesyen wanita ini sentiasa ditunggu-tunggu. Fazura kelihatan manis sekali mengenakan kurung moden rona merah jambu di hari lebaran.
Nelydia Senrose - Wah romantik sungguh Nelydia dan Qi yang mengenakan persalinan sedondon rona lembut. Wanista doakan pasangan ini cepat-cepat ke jinjang pelamin. Hehehe
Dato’ Siti Nurhaliza - Penyanyi no.1 negara ini cukup comel sekali memilih busana jubah daripada Rizman Ruzaini.
Neelofa - Neelofa yang lebih mesra dipanggil Lofa mula berhijab selepas sahur pada hari pertama Ramadan lalu. Jadi, terfikir juga baju raya yang menjadi pilihan Neelofa. Rona lembut dan bercorak floral menjadi pilihan pelakon berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang berhari raya.
Rozita Che Wan - Wanita yang sedang sarat hamil ini memilih rona neon oren sebagai tema hari raya tahun ini.
Izara Aishah - Pelik! Unik sekali baju raya Izara kali ini. Ada yang mengatakan ianya menyerupai pontianak. Difahamkan busana unik ini daripada pereka fesyen tempatan Rizman Ruzaini.
Lisa Surihani - Lisa dan Yusry memilih tema hijau sedondon di lebaran tahun ini.
Fauziah Gous - Wanita ala Bollywood ini cukup cantik sekali mengenakan rona biru laut dengan hiasan sulaman hitam ketika hari raya pertama.
Liyana Jasmay - Pertama kali beraya sebagai seorang ibu, Liyana Jasmay mengatakan tumpuan rayanya beralih kepada anak perempuan, malah, persiapan diri hanya ala kadar sahaja.
Sumber gambar via Instgram selebriti berkenaan
Sumber: Wanista