Header Ads

VIDEO: Ibu Campak Anaknya Dari Tingkat 4 Pangsapuri


Detik-detik yang menyayat hati di mana seorang ibu di Rusia terpaksa melempar kedua anaknya keluar dari tingkap di tingkat empat sebuah pangsapuri semasa kebakaran mula memusnahkan tempat tinggal mereka.

Mila Aksakova, 36 tahun, dirakam kamera melempar kedua anaknya keluar dari tingkap dalam usaha drastik untuk menyelamatkan mereka dari kebakaran, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail.

Warga di desa Energetic, Republik Persekutuan Bashkortostan, Russia, menyaksikan Vanya, 4 tahun, dan Natalya, 13 tahun, dilempar dari tingkap, setelah pintu keluar pangsapuri itu terhalang akibat kebakaran.

Sebuah rakaman video, yang diambil dari seberang jalan pangsapuri itu, memperlihatkan bagaimana kanak-kanak itu dilempar ke arah jalanan, di mana penduduk lain sudah menunggu untuk menangkap mereka.

Aksi menyelamat itu berjaya dan kedua kanak-kanak tadi selamat. Namun, Aksakova, yang bimbang peralatan tempat itu tidak akan mampu menahan berat tubuhnya, tidak melompat dari tingkap yang terbuka.

Dia akhirnya menunggu di dalam pangsapuri, berharap anggota bomba akan sampai tepat pada waktunya. Tetapi dia terpaksa menghadapi asap tebal.

Aksakova berjaya diselamatkan oleh anggota bomba ketika mereka tiba di tempat kejadian. Dia kemudian ditarik keluar dari bangunan yang terbakar dan mendapat rawatan kerana telah menghidu asap.

Lebih dari 140 orang lain disahkan dipindahkan dari bangunan yang terbakar itu.

Jurucakap bomba Damian Bulgakov, 43 tahun, berkata kebakaran bermula dari tingkat bawah pangsapuri, tempat di mana seorang wanita cacat tinggal.

"Kami tidak yakin pasti apa yang menyebabkan kebakaran dan masih menyiasat perkara itu," kata Bulgakov.

Berikut video aksi Aksakova melempar anaknya keluar dari bangunan apartmen yang terbakar:



sumber
Powered by Blogger.