Syamsul Yusof Tidak Lagi Merajuk
Jika sebelum ini, Syamsul Yusof dilihat seakan merajuk dengan industri hiburan tempatan sejak kes filem arahannya, KL Gangster 2 bocor di Internet sebelum ditayangkan di pawagam.
Namun, kini Syamsul sudah tiada rajuknya lagi apabila hadir membuat kemunculan pertama dalam majlis hiburan, semalam.
Hadir ditemani isterinya, Puteri Sarah Liyana, pasangan tersebut datang bagi memberikan sokongan pada majlis preview filem Abang Long Fadil arahan adik Syamsul, Syafiq Yusof.
Dalam masa yang sama, Syamsul mengakui Puteri Sarah berjaya memulihkan semangatnya untuk tampil di khalayak selepas kontroversi filemnya tahun lalu.
“Saya sudah boleh terima hakikat (isu filem dicetak rompak). Selepas kahwin isteri banyak memberi dorongan dan semangat untuk saya kembali ke dunia seni,” katanya memetik laporan mStar.
Dijabkabulkan pada 8 Mac lalu, Syamsul turut mengakui terdapat perubahan dalam dirinya selepas mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, Syamsul meminta peminat tidak membanding-bandingkan cara pengarahannya dan adiknya kerana ternyata masing-masing mempunyai keistimewaan serta sentuhan berbeza. – MYNEWSHUB.MY

No comments