Menteri Besar Pahang Pula Bakal Ditukar ?

Sumber dalaman UMNO dan kerajaan memberitahu Mynewshub, pertukaran itu dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.
Dua nama disebut sebagai bakal menggantikan Adnan iaitu sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Shakar Shamsuddin dan ADUN Benta, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak.
(Shakar)
(Soffi)
Desas-desus pertukaran MB Pahang sudah mula kedengaran sejak tahun 2012 lagi apabila ada suara mengatakan bahawa Adnan bakal digantikan dengan orang lain selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berakhir.
Namun kali ini, perubahan kepimpinan di Pahang dipercayai hampir pasti berlaku selepas beberapa kali tertangguh.
“Cuma yang diperlukan adalah perkenan Tuanku Sultan akan siapa yang lebih layak,” katanya.
Menyedari kemungkinan perubahan itu, Adnan pada satu sidang media kelmarin telah awal-awal memberikan peringatan kepada wartawan bahawa beliau tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perubahan di Terengganu.
Beliau mungkin mahu mengelakan sebarang persoalan balas jika diminta berundur dalam masa terdekat.
Selain Terengganu dan Pahang, ada ura-ura pertukaran yang sama di beberapa negeri lain bakal turut berlaku.
Difahamkan ia bagi memberi peluang kepada negeri di bawah Barisan Nasional (BN) dipimpin oleh golongan muda sebagai persiapan BN menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.
Di Terengganu, Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Isnin lepas dan beliau digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahmad Razif mengangkut sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada malam hari yang sama. – MYNEWSHUB.MY



No comments