Header Ads

Gambar Pasangan Suami Isteri Maut Digilis Lori

SUAMI ISTERI MATI DIGILIS LORI
SATU kemalangan ngeri melibatkan pasangan suami-isteri di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur telah dikongsikan menerusi Facebook Daily Traffic Report, hari ini.

Kemalangan yang berlaku jam 8 pagi tadi menyebabkan Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, maut di tempat kejadian.

Ia berlaku apabila motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabas dan menyebabkan mereka tercampak jatuh sebelum lori yang mengekori dari arah belakang mengilis tubuh dan kepala mangsa.

Bagaimanapun, lori berkenaan terus meninggalkan tempat kejadian.

Pasangan malang itu telah meninggalkan lima anak yang masih kecil lagi.

Mayat kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Al-Fatihah…

SUAMI ISTERI DIGILIS LORI

Susulan Pasangan Maut digilis Lori: 5 Beradik Kini Yatim Piatu

Mohon jasa baik rakan-rakan untuk memberikan bantuan kepada adik-adik ini yang telah kehilangan insan tersayang kerana kemalangan ngeri pagi jumaat (23/05/2014), atau jika tidak berkemampuan, sebarkan sebanyak mungkin agar lebih ramai yang melihat dan potensi untuk memberikan bantuan kepada mereka lagi tinggi.

Untuk sumbangan:

Telefon Admin Daily traffic Report: +60 16-886 2700

Maybank milik Ramlah Jais (Admin daily traffic Report): 1645 9308 8136

Akaun Sebagai Tabung Anak2 ini.

Terima kasih.

5 Beradik Kini Yatim Piatu

No comments

Powered by Blogger.