Gambar Bas Ekspress Langgar 6 Pekerja Road Care
Bas Ekspress Langgar Enam Pekerja Road Care | Seorang maut, dua parah dan tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah bas ekspres yang terbabas di Kilometer 72 Jalan Gua Musang – Kuala Krai, kira-kira jam 12.15 tengah hari 22 Mei 2014.
Mangsa yang maut adalah kakitangan Road Care Sdn Bhd, Mohd Zakarman Bedol, 41, dari Kampung Bukit Ipoh, Jeli, manakala mereka yang parah dan cedera adalah kakitangan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).
Difahamkan, ketika kejadian semua mangsa sedang menjalankan kerja mengorek tar di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan kualiti.
Saksi kejadian memberitahu melihat lima bas ekspres melalui laluan berkenaan untuk menghala ke Kuala Lumpur, sebelum bas kedua terbabas dan merempuh semua mangsa, serta sebuah van dan Toyota Hilux milik syarikat yang diletakkan di tepi jalan.
Semua mangsa termasuk maut dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan, manakala pemandu bas dan 10 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
sumber

No comments