Header Ads

Tragedi Feri Sewol: 146 Mayat Ditemui


JINDO - KOREA SELATAN. Angka kematian rasmi bagi tragedi feri karam di Korea Selatan terus meningkat hari ini mencecah 146 orang, lapor AP.

Pegawai kerajaan berkata, anggota penyelam perlu memecahkan dinding kabin feri untuk mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di dalam feri tersebut.

Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah pelajar sekolah tinggi di Ansan, Seoul.

Lebih tiga perempat daripada 323 pelajar disahkan mati atau hilang manakala dua pertiga daripada 153 orang di dalam feri Sewol yang karam seminggu lalu itu disahkan selamat.

Difahamkan menurut laporan Reuters, feri terbabit membawa 325 pelajar menuju Pulau Jeju sebelum memberikan isyarat kecemasan pada  8.58 pagi waktu tempatan iaitu ketika belayar sekitar 20 kilometer dari Pulau Byeongpoong.

Sejurus berita diterima, kapal pengawal pantai, kapal dagang dan beberapa helikopter dikerahkan dalam operasi menyelamat itu.
Powered by Blogger.