Header Ads

Respon Adam AF Terhadap Isu Penceraian Dengan Fiza

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan, Fiza iaitu isteri Adam telah memfailkan cerai di Shah Alam. Berikut merupakan komen Adam berhubung isu ini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini.

ISU ADAM DAN FIZA CERAI
Adam dan Fiza berkahwin pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Adam (AF2) ‘Kunci Mulut’ Dakwaan Isteri Fail Cerai

Penyanyi Adam (AF2) mengambil pendekatan mahu mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbaharu isterinya, Fiza (Elite) dikatakan memfailkan perceraian di sebuah mahkamah syariah di Shah Alam dekat sini minggu lalu.

“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan dari portal mStar Online.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza dikatakan memfailkan permohonan cerai tersebut selepas masing-masing semakin kurang persefahaman sehingga rakan rapat mereka mengetahui masalah yang timbul dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun usaha untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.

“Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami,” katanya lagi.

Adam dan Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra,4. -mStarOnline
Powered by Blogger.