Doktor Menemui 12 Ketul Emas Dalam Perut Pesakit
Sebelum ini, lelaki itu mengadu bahawa dia mengalami sakit perut selepas menelan penutup botol minuman dan meminta ia dikeluarkan pada 7 April lalu.
Selain itu, dia turut mendakwa kerap muntah akibat kejadian itu, memetik Daily Mail.
Menurut doktor, setiap ketulan emas itu mempunyai berat sekitar 33 gram.
“Jika emas itu dibiarkan lebih lama, ia akan menyebabkan pendarahan dalaman dan pecah usus,” ujarnya.
Permintaan terhadap emas di India adalah antara yang terbesar di dunia, namun akhir-akhir ini syarat mengimport emas telah diperketatkan akibat kes penyeludupan yang semakin tinggi.
Mungkinkah kehadiran ketulan emas di dalam perut lelaki itu boleh dsifatkan sebagai penyeludupan yang tidak berjaya? -MyNewsHub