Header Ads

Rayuan BR1M Boleh Dibuat Bermula 1 April 2014


KUALA LUMPUR – Mereka yang gagal dalam permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 boleh membuat rayuan bermula 1 April ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang rayuan boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Borang rayuan yang lengkap diisi beserta dokumen berkaitan perlu dihantar ke pejabat LHDN sebelum 30 April 2014,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Husni dalam pada itu memaklumkan, tempoh perlindungan takaful i-BR1M untuk penerima bantuan itu bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2014.
Menurutnya, perlindungan untuk kes kematian bukan kemalangan sebanyak RM1,000, kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan masing-masing RM30,000.
Tambah beliau, borang tuntuan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun menerusi laman web www.malaysiantakaful.com.my atau https://ebr1m.hasil.gov.my.
“Sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M di talian 03-2716 2716 atau melalui e-mel kepada i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my,” katanya.
Sementara itu, katanya, sebanyak 69 kes penipuan atau salah guna baucar BR1M dikesan setakat ini dan siasatan terperinci sedang dilakukan.
Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda dan disenarai hitam sebagai penerima BR1M.
Ahmad Husni memaklumkan, seramai 6.8 juta orang layak menerima BR1M 2014 melibatkan peruntukkan sebanyak RM3.37 bilion dan 57 peratus atau 3.68 juta dariapada mereka telah menerima bantuan itu menerusi akaun bank masing-masing.
Manakala, 43 peratus atau 2.80 juta penerima yang tidak mengemukakan akaun bank termasuk transaksi pindahan kredit tidak berjaya, bayaran akan diterima secar aberperingkat melalui Majlis Pengagihan BR1M dan seterusnya penerima boleh menunaikan terus di BSN, Public Bank, Maybank dan CIMB. – mynewshub.my
Powered by Blogger.