MH370: Jepun Hantar Pasukan Kedua JDR ke Perth
KUALA LUMPUR 26 Mac - Jepun hari ini menghantar kumpulan kedua daripada pasukan bantuan bencananya (JDR) menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) di selatan Lautan Hindi.
Pesawat Gulfstream V milik pasukan Pengawal Pantai Jepun yang membawa 10 anggota JDR itu berlepas dari Lapangan Terbang Subang di sini pada pukul 10 pagi dan dijadual tiba di Pangkalan Udara Pearce, Perth, Australia pada 4 petang waktu Malaysia hari ini.
"Pasukan ini akan berusaha sedaya upaya untuk membantu operasi mengesan penerbangan MH370," kata Pengarah Hubungan Antarabangsa, Divisyen Pentadbiran, Jabatan Pengawal dan Penyelamat Pantai Jepun, Kapten Hideo Tojo kepada pemberita, di hangar Aerohandlers Sdn BHd di sini hari ini.
Turut hadir menghantar pasukan itu ialah Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa.
Pencarian objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MAS di selatan Lautan Hindi itu bersambung hari ini selepas ditangguhkan semalam akibat cuaca buruk.
Pencarian yang dilakukan di kawasan kira-kira 2,500 km dari Perth itu turut bermatlamat mengutip objek terapung yang sebelum ini dikesan oleh pesawat peninjau dan satelit, serta dipercayai ada kaitan dengan penerbangan MH370 tersebut.
Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
sumber