Pembuat Tattoo Professional Dari Malaysia
Siapa sangka, si gadis bertubuh kecil ini, Wong Wei Yin, 26, terpaksa menarik diri dari alam persekolahan selepas peperiksaan UPSR kerana masalah kewangan ibu bapanya yang tidak mampu menanggung perbelanjaan sekolah menengah.
Di usia 14 tahun, dia bekerja di salon rambut untuk membantu menyara keluarganya.
"Sedih bila terpaksa berhenti belajar di usia 13 tahun. Bukannya saya seorang pelajar yang teruk, saya sememangnya mahu terus belajar tetapi saya tiada pilihan" kata Wong yang lebih dikenali dengan nama Kinki Ryusaki.
Hari ini, Kinki adalah Professional Tattoo Artist di Malaysia. Ramai penggemar tattoo dari luar seperti Australia, Taiwan, Hong Kong dan China datang ke Malaysia semata-mata mahu di'tatu oleh Kinki.
Kinki juga kerap dijemput ke konvensyen tatu antarabangsa di luar negara dan baru-baru ini gambar Kinki menghiasi majalah tatu di Tatowier Magazin, sebuah majalah tatu dari German.
Minatnya terhadap tatu bilamana pelanggannya datang ke salon. Niat ingin tahunya yang sangat mendalam mengenai tatu membuatkan Kinki mengambil langkah untuk bertukar kerjaya.
Kerjaya sebagai seorang artis tatu bermula di Bloody Ink Tattoo Studio yang bertempat di Kuala Lumpur.
"I'm a Professional Female Tattoo Artist from Malaysia! I've been tattooing since I'm 16 years old. I take great pride in my work as i believe in the art of tattooing, is like the art of life.. Once inked, never forgotten and it stays forever ❤. I've traveled to many places, met alot of great artists and great people along my line of work. Constantly upgrading and improving my skills. - Wong Wei Yin