Header Ads

Malaysia Bakal Memperkenalkan Bas Elektrik Menjelang Tahun 2016

Kerajaan Malaysia memang tidak dinafikan kini banyak menfokuskan kepada pengangkutan awam akibat dari jumlah penggunaan kereta persendirian di Malaysia yang semakin bertambah di Malaysia. Ia memberikan impak pada kesesakan jalan dan lebih teruk lagi jumlah penggunaan bakar. Namun begitu, dengan pengenalan lebih banyak pengangkutan awam tidak mengurangkan penggunaan bahan bakar di Malaysia.

Sedar dengan masalah ini, kerajaan Malaysia nampaknya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan bas elektrik menjelang tahun 2016 di bawah Dasar Automotif Negara (DAN) 2014 dan bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara melakukan pemasangan ini. Selain itu, Malaysia juga dikatakan negara kedua membuat pemasangan seumpama ini dan yang pertama melakukannya adalah negara China.

Dalam perancangan tersebut, ARCA Corporation Sdn. Bhd. (ARCA) bercadang untuk mendirikan kilang di mana bakal mengeluarkan basa elektrik dan juga bateri ion litium. ARCA turut mengesahkan bakal menjual bas elektrik secara komersial kepada operator-operator bas awam menjelang tahun 2016.


Projek ini bakal dikendalikan oleh ARCA di bawah kerjasama teknologi dari Australia iaitu AutoCRC Ltd. dan Universiti Teknologi Swinburne. -Utusan
Powered by Blogger.