Header Ads

Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara


Karosta Prison Hotel merupakan hotel yang sangat unik. Tidak ada senyuman atau sapaan mesra dari para petugas Hotel Karosta Prison.
Hotel di Latvia ini melayan tetamunya layaknya seorang tahanan. Ini adalah salah satu tarikan pelancong paling menarik yang ada di Latvia. Pengunjung banyak datang ke bekas bangunan penjara yang pernah digunakan pada zaman Nazi dan Soviet. Bukan sekadar datang, mereka pun akan dianggap sebagai tahanan.
Pelik Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara2 Pelik! Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan PenjaraPelik Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara3 Pelik! Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan PenjaraPelik Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara4 Pelik! Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara
Berkunjung ke sini, sama saja seperti menjadi tahanan. Pengunjung harus berjalan mengikuti perintah untuk petugas terlatih yang berpura-pura menjadi pihak penjara. Setiap perintah harus diikuti dengan cepat dan benar.
Kerana tahanan, jangan terkejut jika mendapat perlakuan buruk dari warden seperti kata-kata kasar dan beberapa hubungan fizikal ringan. Untuk mengelakkan salah faham, pihak hotel telah meminta persetujuan mengenai perlakuan ini kepada para pengunjung yang akan datang.
Para pengunjung ini boleh juga bermalam di bilik penjara dengan cara yang benar-benar diberikan kepada tahanan. Mereka menginap di ruang batu dengan alas tidur kayu dan selimut tipis. Tetamu juga akan diberikan makanan melalui lubang yang ada dibahagian pintu. Jangan harap dapat makanan lazat, anda akan diberikan makanan penjara yang ala kadarnya. Jika ada pengunjung yang melanggar peraturan atau perintah, mereka akan dihukum. Hukumannya antara lain latihan fizikal atau tugas membersihkan penjara.
Pelik Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara7 Pelik! Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan PenjaraPelik Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara6 Pelik! Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan PenjaraPelik Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara5 Pelik! Hotel Layan Tetamu Seperti Banduan Penjara
Dahulu, banyak tahanan yang meninggal di sini. Kebanyakan dari mereka dibunuh dengan tembakan di kepala atau mati diseksa. Selain itu, banyak sekali kisah hantu di bangunan ini. Lampu yang tiba-tiba nyala atau mati sendiri, pintu yang terbuka atau tertutup sendiri, atau suara rantai yang terdengar di lorong merupakan perkara yang biasa terjadi.
Powered by Blogger.