Dikelar Dengan Pisau Hingga Mati oleh Pembantu Rumah
Keluarga itu meninggalkan kanak-kanak itu dibawah jagaan orang gajinya selepas keluar menguruskan restoran kira-kira jam 5 petang Kejadian malang itu hanya disedari selepas keluarga mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam.
Difahamkan nenek mangsa memanggil kedua-dua cucunya namun tidak berjawab sebelum terkejut menemui mayat cucunya berusia lima tahun dan pembantu rumah dibilik ditingkat bawah manakala seorang lagi ditingkat atas berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh,Supritendan Junaidi Bujang berkata,polis yang tiba mengesahkan ketiga-tiga mangsa mati akibat dikelar selepas menemui dua bilah pisau di berlumuran darah berhampiran mayat pembantu rumah.
Menurutnya suspek dipercayai membunuh Melvin Selvan Joseph, 1 tahun 6 bulan terlebih dahulu sebelum membunuh abangnya Kuay Jia Hiong, 5 dan kemudian terus mengelar dirinya.
“Mayat Melvin ditemui di atas katil dengan tangan kanannya masih memegang alat kawalan TV.
“Pembantu rumah itu dikenali sebagai Agnes, 30, berasal dari Indonesia tidak mempunyai permit dan sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak lebih setahun yang lalu,” katanya.
Difahamkan tiada sebarang kesan pecah masuk dirumah itu yang boleh mengaitkan kes berkenaan dengan aktiviti jenayah lain.
Selain mangsa, rumah berkenaan turut didiami oleh ibu bapa, nenek mangsa dan dua kakak mangsa.
“Siasatan mendapati keluarga itu tidak mempunyai masalah dengan suspek, sebaliknya wanita itu dikenali dengan sifat penyayangnya,” katanya.
Menurut Junaidi kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan bunuh diri. Mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.-SinarHarian-
No comments