Header Ads

Cubaan Membunuh Kekasih Kerana Enggan Membayar Hutang

Gara-gara enggan membayar hutang teman wanitanya, seorang lelaki di China sanggup mengheret teman wanitanya dan memaksa mangsa masuk ke dalam saluran pembetungan sedalam 3 meter. Menurut media tempatan, mangsa dipercayai terperangkap selama 60 jam sebelum diselamatkan pejalan kaki yang mendengar tangisan dan jeritannya meminta tolong. "Saya cuba untuk memanjat keluar menggunakan pakaian sendiri yang diikat menjadi tali, namun gagal," kata wanita dari bandar Haiku itu.

 Mangsa yang hanya dikenali sebagai Guo mendakwa teman lelakinya bertindak demikian kerana enggan membayar hutang berjumlah 100,000 Yuan (RM55,000). Menurut DailyMail, susulan daripada kejadian menggemparkan tersebut, teman lelaki mangsa telah ditahan atas cubaan membunuh Guo. Ketika disoal siasat, suspek akhirnya mengaku bahawa dia melakukan tindakan itu kerana tidak dapat membayar hutang mangsa. -AP

No comments


ultimate port dickson travel guide 2025 beaches cu...

isu blog pening dengan masalah failed to follow bo...

sasar sejuta peserta harian metro 17 07 2025

beng hock s family insists on justice after dap bo...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.