Header Ads

Budak Paling Kuat Di Dunia

Jake Schellenschlager, Budak terkuat di dunia berusia 14 tahun. Jake menjadi seorang atlet angkat berat dari Amerika Syarikat (AS). Dia melatih tubuhnya sejak usianya 12 tahun. Jake mampu mengangkat beban lebih dari dua kali berat tubuhnya sendiri. Ketika ini, Jake telah menetapkan rekod dunia untuk kelas berat di bawah 55 kilogram (kg). 

Pada Jun 2013, Jake berjaya memecahkan rekod dunia angkat berat untuk kelas seusianya dengan mengangkat beban seberat 136 kilogram pada acara Powerlifting Bench Press Championships di New York, United Kingdom.

"Ayah saya adalah manusia yang hebat dan kuat. Ketika saya melihatnya, itu telah memberikan saya motivasi," ujar Jake.

Menurut USA Powerlifting, Jake adalah salah satu dari ribuan budak yang bersaing di seluruh AS untuk menjadi remaja terkuat. Tapi, masalah kesihatan seperti pertumbuhan fizikal boleh mengganggu kanak-kanak yang melakukan angkat berat pada usia sangat muda. Ayah Jake, Chris Schellenschlager, mengatakan bahawa dia sedar akan risiko yang boleh terjadi pada anaknya. Namun, dia memastikan bahawa anaknya selalu diawasi selama latihan.





Video

           

sumber
Powered by Blogger.