Remaja Bunuh Noor Syafikah Dihadapkan ke Mahkamah
ALOR SETAR - Seorang remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, pada 29 November tahun lalu di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar di sini.
Tertuduh, Mohd. Firdaus Mohd. Faridul, 19, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohd. Khairul Hafizuddin Ramli.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Kes disebut semula 4 Mac ini. - KOSMO
No comments