Murid Sekolah Di Tampar Sebanyak 40 kali
Seorang kanak-kanak lelaki di China terpaksa menjalani pembedahan mata selepas wajahnya ditampar berulang kali oleh rakan-rakan sekelasnya. Perbuatan tersebut dilakukan teman-teman sekelasnya atas perintah gurunya!
Budak berumur 12 tahun yang berasal dari Henan tersebut dihukum oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja rumahnya. Gurunya memerintahkan murid-muridnya untuk menampar kanak-kanak bernama Dou tersebut. Dou menerima tamparan di wajah sebanyak 40 kali.
"Siapa yang menamparnya paling kuats akan mendapatkan hadiah," kata guru tersebut kepada murid-muridnya seperti diberitakan media tempatan, Shanghaiist (6/1/2013).
"Setelah ditampar, guru menyuruh saya push-up dan tidak membenarkan saya makan tengah hari. Kemudian pada malam harinya, saya merasakan saya tak boleh melihat dengan jelas dari mata kiri saya," tutur Dou.
Ibu Dou, Wang menghubungi pengetua sekolah setelah mengetahui peristiwa yang menimpa anaknya. "Pengetua sekolah mengatakan dia akan mengurus soal ini," kata Wang. "Saya tidak tahu kerosakannya begitu parah. Doktor mengatakan mata anak saya mungkin tak akan sembuh," tambahnya.
Menurut Deng Baozhen, guru Dou yang memerintahkan murid-muridnya menampar Dou tersebut, menghukum anak muridnya akan membantu mereka maju dalam pelajaran. Atas kejadian ini, guru tersebut telah ditahan polis.
No comments