Lelaki Warga Myanmar Parah Ditikam Di Besut
Kuala Terengganu – Seorang lelaki warga Myanmar parah di leher dan badan akibat ditikam di hadapan sebuah rumah di Jalan Tembila, Kampung Pengkalan Kubur, Besut.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun dan bekerja sebagai buruh ditemui dalam keadaan parah oleh seorang wanita sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke tempat kejadian.
Beliau berkata, kejadian dipercayai didalangi rakan serumah mangsa dipercayai akibat salah faham. – BH Online
No comments