Hilang 16kg Dengan Hanya Makan McDonald
Mungkin ada sesetengah daripada kita menganggap bahawa menjadikan Macdonalds sebagai rutin makanan bukan sahaja menggemukkan, tetapi boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Namun demikan, seorang lelaki yang dikenali sebagai John Cisna telah membuat eksperimen dengan hanya makan Mcdonalds, ia boleh menjadikan berat badannya turun. Ia ternyata benar apabila John Cisna sendiri memaparkan gambar beliau berjaya menurunkan berat badan.
Namun demikan, seorang lelaki yang dikenali sebagai John Cisna telah membuat eksperimen dengan hanya makan Mcdonalds, ia boleh menjadikan berat badannya turun. Ia ternyata benar apabila John Cisna sendiri memaparkan gambar beliau berjaya menurunkan berat badan.
SEORANG guru Sains di Ankeny, Iowa meminta para pelajar untuk membantunya untuk menjayakan satu eksperimen iaitu apa keputusannya jika beliau hanya memakan McDonald’s untuk tiga bulan.
Sepanjang proses itu, guru berkenaan John Cisna bercadang untuk menghasilkan satu dokumentari perjalanan proses berkenaan.
Dengan mengikut diet melibatkan hanya 2,000 kalori, pelajar Cisna membantunya mengenalpasti hidangan yang sesuai mengikut jumlah kalori yang boleh diambil.
Mereka mengenalpasti hidangan berkenaan dengan hanya menggunakan maklumat kalori yang dipaparkan di laman web McDonald’s sahaja.
Dalam proses itu, mereka cuba mengikut perancangan diet dengan memastikan kandungan karbohidrat, lemak, protein dan kolesterol yang diambil seimbang.
“Saya tidak mengatakan yang saya masuk ke McDonalds dan hanya memakan salad tetapi saya masuk saya telah makan Big Mac, Quarter Pounder With Cheese dan Sundae,” katanya.
Berminat dengan eksperimen Cisna, pemilik cawangan McDonad’s berkenaan bersetuju untuk menyediakan hidangan berkenaan selama 90 hari secara percuma.
Untuk menyeimbangkan jumlah kalori yang diambil, Cisna turut bersenam berjalan kaki selama 45 minit setiap hari.
Beliau mengakui, sebelum eksperimen itu Cisna tidak pernah memantau jumlah pengambilan kalori atau tabiat pemakanannya.
Selepas eksperimen itu, Cisna berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 16kg dan berjaya menurunkan paras kolesterolnya dari 249 kepada hanya 170.Paras Lipoprotein atau dikenali sebagai kolesterol jahat turut menurun dari 173 kepada 113.
“Saya kini boleh makan apa sahaja makanan yang ada di McDonald’s asalkan saya masih bijak mengawal pengambilan kalori dan cara untuk menjadikan ia seimbang,” kata Cisna.
Anda boleh menonton video di bawah ini.
No comments