Banjir Di Terengganu Semakin Pulih
KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua yang melanda daerah Kemaman mulai semalam kembali pulih petang ini.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), serentak itu, seramai 155 mangsa daripada 45 keluarga telahpun dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengah hari tadi.
Dengan perkembangan itu juga, tiga pusat pemindahan banjir di Balai JKKK Padang Kubu, Berek Kilang Padang Kubu dan Rumah Pegawai Sungai Mas yang dibuka di daerah itu semalam ditutup petang ini.
Portal itu berkata banjir yang berlaku di daerah Kemaman itu disebabkan limpahan air hujan. – BERNAMA
No comments