Header Ads

Taman Tema 20th Century Fox World Bakal Dibuka di Genting Highlands



Taman Tema Genting Highlands bakal berubah wajah apabila sebuah taman tema Antarabangsa 20th Century Fox pertama di dunia bakal dibina tidak lama lagi. 20th Century Fox adalah filem Hollywood terkenal setaraf dengan Universal Studio. Pasti anda kenal dengan filem-filem box office seperti Titanic,Avatar,Ice Age,Alien vs. Predator.Dan tidak lama lagi anda boleh bermain dengan antraksi dari filem-filem terkenal ini.



Info 20th Century Fox World


  • Menelan belanja sekitar RM 1 billion, ia bakal dibina di taman tema luar Genting seluas 25 hektar (ketika ini outdoor themepark genting telahpun ditutup)
  • Dijangka siap dalam tempoh 2 tahun (grand opening pada 2016)
  • Menampilkan lebih daripada 25 permainan dan tarikan bertemakan ikon dari filem-filem blockbuster terkenal, thrill rides, dark rides yang sesuai untuk audiens dari kanak-kanak hingga dewasa. Turut menjadi tarikan adalah permainan air.
  • Permainan dan tarikan ini adalah berdasarkan tajuk blockbuster abad kedua puluh Fox seperti ICE AGE, RIO, ALIEN VS. PREDATOR, PLANET OF THE APES, NIGHT AT THE MUSEUM dan pelbagai lagi.
  • Selain itu, sebuah shopping kompleks Genting Premium Outlet, iaitu kedua terbesar di Asia Tengara selepas Johor Premium Otlet juga bakal dibina.



No comments

Powered by Blogger.