Header Ads

Remaja Tembak Rakan Sebelum Bunuh Diri



LOS ANGELES:Lagi insiden tembakan rambang di sekolah di Amerika Syarikat.
Seorang remaja yang dikatakan tidak berpuashati dengan salah seorang guru di Colorado High School bertindak melepaskan tembakan sehingga mencederakan dua pelajar sebelum dia sendiri  membunuh diri.

Suspek sebelum itu dikatakan memasuki Sekolah Tinggi Arapahoe dengan membawa sepucuk pistol sebelum bertindak melepaskan tembakan . Salah seorang pelajar perempuan yang terkena tembakan itu kini dalam keadaan kritikal . Manakala seorang lagi hanya cedera ringan.

Polis turut menemui bom Molotov yang dipercayai milik suspek di dalam kawasan sekolah berkenaan.

Tembakan itu berlaku menjelang hari memperingati  tragedi pembunuhan beramai-ramai di Newtown Connecticut di mana 20 kanak-kanak dan enam dewasa terbunuh.

Kejadian sama pernah berlaku pada 1999 apabila dua remaja menembak  mati 12 rakan sekolah dan seorang guru di Sekolah Tinggi Columbine sebelum menembak diri mereka.





tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.