Header Ads

Album Baru Beyonce Cetus Kejutan

Album Baru Beyonce Cetus Kejutan
Penyanyi terkenal, Beyonce mengejutkan ramai orang termasuk peminat dan kawan rapat sendiri apabila tiba-tiba muncul dengan album terbaru, 13 Disember lalu.
Album menggunakan nama sendiri sebagai tajuk itu bukan sahaja tidak diuar-uarkan sebelum keluar malah ia turut lengkap dengan 14 lagu baru beserta 17 muzik video yang sudah siap.
Rupa-rupanya, pembikinan album ini sudah dimulakan secara rahsia sejak 2012 lagi, di mana para penulis dan penerbit terlibat ‘berkampung’ di sebuah rumah di The Hamptons untuk bekerja bersama-sama.
Difahamkan, album itu digelar ‘Lily’ dalam kalangan yang terlibat dan seluruh kakitangan pembikinan ditegaskan bahawa ia adalah projek TNO (tell no one).
Malah pekerja yang terlibat dikatakan hanya tahu tentang peranan mereka semata-mata, tidak lebih daripada itu.
Pelancaran album ini melanggar kebiasaan, memandangkan artis biasanya akan keluar dengan single terlebih dahulu sebelum diikuti dengan album penuh.
Bagaimanapun, formula baru Beyonce ini boleh dikatakan berjaya sehingga semalam, lebih satu juta album sudah terjual di iTunes sekaligus mencipta rekod tersendiri.
Di Britain pula, album ini menduduki senarai Top 5 dalam masa tak sampai dua hari di pasaran.
Antara menarik dalam album yang dipasarkan secara digital terlebih dahulu sebelum versi fizikal memasuki kedai muzik ini adalah, kemunculan bayi Beyonce iaitu Ivy dalam salah satu klip muzik videonya yang berjudul Blue

No comments

Powered by Blogger.