Header Ads

9 Cedera Parah Letupan Bom Di Danok Thailand

Sembilan Ceder Parah Letupan Bom Di Pekan Danok
TIGA letupan dilapor menggegarkan daerah Sadao di Selatan Thailand pada pagi Ahad, dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri.
Polis Diraja Thailand dalam kenyataan awal mengesahkan ketiga-tiga bom yang masing-masing disorokkan ke dalam sebuah motosikal diletupkan hampir serentak kira-kira jam 11.30 pagi.
Dua butir bom diletupkan di hadapan Hotel Oliver, di pekan Danok, bersebelahan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Manakala sebutir lagi diletupkan di hadapan balai polis Padang Besar Utara, satu kilometer daripada sempadan Malaysia Thailand di Padang Besar Selatan, Perlis.
Letupan di Hotel Oliver mengakibatkan sembilan warga Thailand yang juga peniaga di bazar berdekatan cedera parah, kata Gobenor Songkhla, Grisada Boonrach ketika mengesahkan perkara berkenaan.
Namun tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari Ahad.
Pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci ekoran tiga kejadian yang mengecewakan itu, katanya.
“Kami percaya ia dilakukan mereka yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka yang mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang dalam kejadian berkenaan.
“Pihak kami masih menunggu laporan penuh kejadian dan menyiasat pihak yang bertanggungjawab dengan kejadian ini,” katanya.
Sementara itu sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis turut memaklumkan maklumat awal diperolehi mendapati tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa membabitkan rakyat Malaysia diperolehi.- BNBBC.MY
BomMeletup04
BomMeletup05
Ganas… 9 Cedera Parah Letupan Bom Di Danokhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/BomMeletup03.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/BomMeletup03-150x150.jpgAuthor MNHmyHangatUtama,

No comments

Powered by Blogger.