Header Ads

MH370 Berakhir, Pesawat Disahkan Terhempas Di Selatan Lautan Hindi

Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Najib berkata pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan bahawa pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.

"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.

"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Berikut adalah petikan dari sidang media Najib melalui Twitter.. 



"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB)." #MH370

"Inmarsat, that provided the satellite data which indicated the northern & southern corridors,has performed further calculations"

"Based on their new analysis, Inmarsat & the AAIB concluded that the last position of #MH370 was in the middle of the Indian Ocean."

"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight #MH370 ended in the southern Indian Ocean."

"We will be holding a press conference tomorrow with further details."

"We share this information out of a commitment to openness & respect for the families, two principles guiding this investigation."

"@MAS have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development."

"I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time." #MH370 - END -

Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, menurut Sky News.

Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi...

Berita Terkini Pesawat MH370 Terhempas : Laporan Air Accidents Investigation Branch (AAIB UK)


Berdasarkan rujukan data terbaru melibatkan laporan rasmi yang dikeluarkan Air Accidents Investigation Branch (AAIB UK) :


  1. Disahkan secara rasminya, Pesawat MH370 terhempas dan telah berakhir di Koridor Selatan, Lautan Hindi
  2. Yang menyedihkan, tiada seorang pun penumpang dan krew pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines terselamat dalam kejadian itu
  3. Pihak MAS (Malaysia Airlines) telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian & berita terkini kapal terbang MH370 terhempas di Lautan Hindi
Sidang media susulan yang akan menerangkan laporan terperinci punca dan sebab bagaimana pesawat MH370 terhempas di lautan Hindi, akan diadakan pada pagi esok 24 Mac 2014.

P/S: Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban dan Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa...

Powered by Blogger.